Apr 25, 2026 - FASSelangor FC membawa pulang tiga mata penuh dalam perlawanan ke-23 Liga Super 2025/26 selepas menewaskan Kelantan The Real Warriors FC 6-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam.
Pasukan terus menguasai permainan sejak awal menentang Kelantan The Real Warriors FC apabila Kim Ji-ho membuka jaringan pertama peribadinya pada minit ke-25, diikuti Chrigor Moraes yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-30 sebelum menambah gol kedua peribadi tiga minit kemudian hasil hantaran Kim Ji-ho untuk memberikan kelebihan 3-0 dalam separuh masa pertama. Kemudian, Shah Rosli menambah kelebihan Merah Kuning menerusi gol sendiri pada minit ke-58, sebelum Alvin Fortes menjaringkan gol kelima, diikuti Chrigor yang sekali lagi menemui sasaran untuk melengkapkan hatrik sekali gus mengesahkan kemenangan besar 6-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Menurut Kim Pan-gon, Ketua Jurulatih Selangor FC, bangga dengan semangat para pemain untuk bangkit daripada perlawanan sebelum ini.
“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pemain kerana berjaya bangkit dengan cepat dan membuktikan bahawa Selangor FC tidak berputus asa dan sentiasa berjuang untuk kelab. Komitmen yang ditunjukkan hari ini sangat bermakna, ditambah pula dengan sokongan padu penyokong Selangor yang mencipta suasana perlawanan lebih hebat,” kata beliau
“Seperti biasa, 10 hingga 15 minit pertama agak mencabar dan kami sempat memberi satu peluang kepada lawan, namun kita berjaya mengawal permainan dengan baik, mencipta beberapa peluang sebelum membuka jaringan melalui Kim Ji-ho yang turut mencatat bantuan gol, manakala Chrigor Moraes menyempurnakan aksi cemerlang dengan hatrik. Selepas beberapa perlawanan sukar sebelum ini, para pemain menunjukkan semangat dan azam yang tinggi mereka untuk bangkit, dan banyak perkara positif yang boleh kita bawa ke hadapan,” jelasnya lagi.
Minggu hadapan, skuad Selangor FC akan menerima kunjungan Penang FC bagi perlawanan ke-24 Liga Super 2025/26 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada Sabtu, 2 Mei, jam 9 malam. Meriahkan stadium dengan kehadiran anda, dapatkan tiket di sini.
Pihak pengurusan Selangor FC bangga dengan semangat pemain tidak berputus asa bagi usaha untuk capai keputusan terbaik untuk kelab.
Demi Kebanggaan!
Kesebelasan Utama: Sikh Izhan, Quentin Cheng, Faisal Halim ©, Noor Al Rawabdeh, Hugo Boumous, Zikri Khalili, Kim Ji-ho, Syahir Bashah, Harith Haiqal, Mamadou Diarra & Chrigor Moraes.
Pertukaran: 56’ Haiqal Lau > Hugo Boumous, 56’ Mohammad Abualnadi > Zikri Khalili > 56’ Alvin Fortes > Kim Ji-ho, 68’ Izwan Yuslan > Noor Al Rawabdeh & 76’ Richmond Ankrah > Mamadou Diarra.
Penggantungan: Safuwan Baharudin & Mukhairi Ajmal.